Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidil Adha


30th Ramadhan 1429H.

It has been a very beautiful month.
And a very successful one too.
It's been a very special Ramadhan, my best ever.
A Ramadhan that I will not forget.
I pray for many more to come.
And to be as beautiful as this one.

I am grateful that Syawal is here to be celebrated with all in the family.

I'll be driving back to KB in a short while.

Selamat Hari Raya kepada semua.
Ampun & maaf dari hujung rambut ke hujung kasut.

Semuga anda semua sentiasa diberkati & dirahmati olehNya.

Monday, September 29, 2008

M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya

YESSSSS!!! I found one with lyrics!
Jommmm nyanyiiiii.... !

Wednesday, September 24, 2008

Salam Dunia

My favourite lagu raya.

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu

Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua...
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

Inilah hari kita oh…

Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

::

Quote of the Day : The ear of the leader must ring with the voices of the people.
Woodrow Wilson

::

Monday, September 22, 2008

Ahmed Bukhatir's "Last Breath"

Ramadhan reminders.

Saturday, September 20, 2008

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran

[Gambar : Masjid Besar Wangsa Maju yang dirasmikan pada 12hb Ogos 2008]
Ia adalah hari diturunkan Al-Quran oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan 17 Ramadan, tahun ke-41 kelahiran baginda.

Hari ini juga untuk kita menilai sejauh mana kita menghayati mukjizat Nabi Muhammad SAW ini dalam kehidupan seharian kita yang senantiasa penuh dengan tuntutan duniawi.


Ustaz saya berpesan, makanan roh ialah Al-Quran. Bahagian dalam roh ialah hati. Kekuatan akal itu datang dari hati.
Jika dalam hati tiada Al-Quran, ia ibarat rumah buruk yang tidak berpenghuni.

Jika kita mahu akal yang sentiasa segar, hidupkanlah Al-Quran kedalam hati kita. Membaca Quran berulang-ulang akan merangsang otak kiri (minda separa sedar) yang menjana ketenangan hati. Otak kiri ini akan merangsang otak kanan (minda kreatif).

Oleh sebab itu, maka orang yang selalu membaca Al-Quran akan lebih tenang jiwanya dan akan datang ilham kedalam hatinya dan menjadikan seseorang itu lebih kreatif.


Saya pernah mendengar jawapan seorang saudara baru, Professor dari Australia, apabila ditanya bagaiman dia boleh merasa tenang apabila mendengar bacaan Al-Quran sedangkan dia tidak mengetahui makna ayat2 yang dibaca ?

Katanya, "it's like a crying child upon hearing his mother's voice, he will immediately be pacified... and Quran is words from your Creator".
MasyaAllah...

Peringatan ini adalah terutama untuk diri saya sendiri dan juga sahabat2 saya sekalian. Jadikanlah pembacaan Al-Quran sebagai rutin harian kita terutama dibulan Ramadhan ya
ng mulia ini dimana Allah telah menjanjikan berbagai2 nikmat dihari akhirat nanti bagi mereka yang bertaqwa.

Hidupkanlah Al-Quran kedalam hati kita. Sesungguhnya ia mampu melapangkan hati dan meresapkan ketenangan kedalam jiwa kita.


Semuga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayahNya kepada kita. Amin.

Wallahu a'lam.

NB:
Bagi mereka yang hanya mampu mendengar Al-quran kerana uzur atau tidak lancar membaca Al-Quran, saya galakkan anda mendengar bacaan yang sangat mendamaikan dari seorang Qari yang bernama Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy.

Untuk melayari website Al-Afasy sila klik disini.

Beliau berasal dari Kuwait, seorang world-renowned Qari, Imam Masjid Al-Kabeer di Kuwait City dan juga penyanyi nasyid tanpa menggunakan alat muzik.

Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy

Tuesday, September 16, 2008

Weird


I still remember my teacher taught me the rule of thumb in English spelling " 'i' before 'e' except after 'c' ".
Then, they always have this 'exception to the rule' (eg. in spelling 'weird') which make all of us pening kepala
. Very weird language, they are.

Anyway... something weird happened this morning...
Went to bed at about 1.00am.

Woke up at 2.00am cos I heard something whispering on my left ear.

Woke up again at 2.45am cos got a missed call from a number I didn't recognised 019-963 xxxx.

Terjaga again at 4.00am cos again, I heard a voice called my name, this time on my right ear. Yeahh... right.

Look at the clock, 4.00am, and said, "God, please wake me up at 5.00am cos I am very sleepy today".


God granted my wish to continue sleeping and let me sleep even longer.


Woke up at 6.00am instead and ter-missed my sahur.

Moral of the story : Dibulan yang mulia ini... dah kena kejut pukul 4.00am tu rajin2lah bangun solat Tahajjud... kut2 rezeki terjumpa malam seribu bulan... iskk...kan dah rugi... :(


Friday, September 12, 2008

Advert Solat

This advert should make it to our national TV !

Thursday, September 11, 2008

I'm the slave by Sheikh Mishary Al-Afasy

Hope you enjoy this one !

Tuesday, September 9, 2008

Soal & Jawab

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

ALLAH MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?

ALLAH MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

ALLAH MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?

ALLAH MENJAWAB: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" Surah Ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: KENAPA MESTI BERSABAR?

ALLAH MENJAWAB: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

ALLAH MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA:APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

ALLAH MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA: BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN?

ALLAH MENJAWAB: "dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU MESTI BERHARAP?

ALLAH MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." Surah At-Taubah ayat 129

::

Wallahu a'lam.

::

Wednesday, September 3, 2008

Tentang Doa

[Photo: I forgot where I xerox this one from...! ]
"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.

Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.

Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun..."

::


Quote of the day: "The finest steel has to go through the hottest fire" (John N. Mitchell)

::

Tuesday, September 2, 2008

Iklan

Semalam, hari pertama Ramadhan 1429. Tinggal 29hari lagi sebelum hari Raya.

Semasa didalam kereta, saya terdengar iklan ini di radio :

"23sen sehari... nikmatilah tawaran hebat ini menyambut Syawal... C0urt*s Mmmth.."

Soalan:
1. Saya ingat lagu raya hanya boleh dimainkan pada minggu ketiga puasa. Begitu juga iklan, bukan?
Ataupun iklan sahaja dibenarkan tayangan awal, asalkan mereka bayar stesen penyiaran.

2. Anda rasa budaya hutang patut di hapuskan sama sekali ?

::

Saya suka tengok program agro produk terutama pembelaan kambing.

Selamat meneruskan puasa.

::

Quote of the day : "Wisdom is knowing when you can't be wise" (Paul Engle)

::