Monday, January 14, 2008

Apdal


Bahasa Malaysia sebut "afdal", tapi makcik2 kat Kelantan sebut "apdal". Maka saya membesar di persekitaran yang menyebut "apdal". Saya selalu bayangkan perkataan "apdal" ini dengan perbuatan yang baik2.

Sejak akhir2 ini nama "Apdal" sering kedengaran di corong radio dan TV. Sekarang saya hanya dapat bayangkan nama Apdal ini dengan perkara yang tidak baik.

Yalah, sebagai pengusaha restoran, menteri yang ber-bin-kan Apdal inilah yang banyak mempengaruhi kelancaran perniagaan kami.

Sebenarnya, sejak lebih 6bulan dulu lagi, kami sudah dapat menghidu yang bencana akan menimpa keatas stok2 barangan kawalan dan barangan asas. The tell tale sign is... kalau pada kebiasaannya, stok susu pekat di pasaraya melepasi ketinggian kita sendiri, maka ianya di paras selamat. Jika tiba2 paras stok adalah setinggi dua kaki sahaja, maka ianya berada di paras bahaya! Maka beberapa hari kemudian, seperti yang diduga, harga susu pon tiba2 naik mendadak! Setahun lalu kalau susu pekat yang paling rendah di jual dengan harga RM1.55, sekarang yang paling rendah berharga RM1.95! Bayangkan kenaikan harga hampir 26% dalam masa setahun !

Perkara yang sama berlaku pada stok minyak masak. Dulu kalau stok setinggi enam kaki secara tiba2 jatuh ke paras betis, maka ia petanda yang sangat bahaya. Tiba2 juga harga minyak masak "cap pasaraya" sama harga dengan minyak masak "cap jenama terkenal". Bayangkan!

Kes gandum pula... menteri berkenaan dengan muka selamberland berkata "harga TETAP terkawal... ia masih RM1.35". Tapi bila pergi pada supplier... jawabnya "stok takde.... tapi aarrr... kalau lu mau yang RM1.65 ada larrr...".

So what choice do we have?? Takkan peniaga kecil macam kami nak beli gandum premium yang berharga RM2.80 sekampit, bukan?

Semasa kecoh kes harga ayam, menteri yang sama muncul dikaca TVtiga & TVsatu pada pagi yang sama. Beliau langsung TIDAK menjawab soalan live penonton tapi dengan muka sardin juga membuat kenyataan damage control beliau "harga masih tetap RM5.80... tiada kenaikan". Tapi kalau peniaga dapat harga RM5.80 dari pembekal, takkan peniaga nak jual pada harga RM5.80 juga bukan? Baik duduk saja rumah goyang kaki. Kerugian dalam berniaga adalah satu penganiayaan pada diri sendiri.

Kami keluar berbelanja setiap hari untuk replenish stok barangan kami, oleh itu kami tahu pergerakan barangan di pasaran. Begitu juga turun naik harga.

Semua perkara yang berlaku adalah adalah sebenarnya domino effect dari ineffective planning & control of KDNHEP. Sesungguhnya saya tidak tahu mengapalah perkara asas seperti ini pun tidak dapat dibendung oleh menteri ini.

Dari pemerhatian saya, pembekal memainkan peranan yang sangat penting dalam isu kekurangan barangan ini tapi menteri ini asyik menyalahkan peniaga..peniaga...peniaga (ie. the consumers)! Kalau ya pun ada panic buying sekalipun, banyak mana sangatlah peniaga2 kecil ini mampu untuk stock up barang? Kedai2 kami semua only have limited space & capital to stock up goods. I believe the supplier is the main culprit! So please chase them and don't make 'clever' remarks blaming us consumers!

Bukan saja harga barangan asas melambung naik tapi harga barangan lain dari syarikat2 gergasi juga sewenang2 dinaikkan. Contoh terdekat adalah barangan keluaran pembuat Milo! Seingat saya, setahun lalu 2kg Milo hanya RM22 tapi sekarang, harganya RM28 !!! Bayangkan % kenaikan sebanyak lebih 27% !

Jika peniaga di Terengganu dulu menaikkan harga Milo Ais sebanyak SEPULOH sen sahaja kepada RM1.80, peniaga tersebut dikenakan DENDA sebanyak RM25 RIBU.... Jadi, mengapa tidak dikenakan tindakan yang sama kepada pengeluar Milo itu yang menaikkan harga lebih 27% ??? So who's the culprit here? The consumer (the restaurant owner) or the big giant supplier ? Basically, in all cases, just check the supplier chain & pull the trigger! Yeah, shoot them on the head, or where it matters most.

These price hike saga is not going to end here. I'm sure more shocking news are on the way. Whatever it is, we'll just have to bear and grin since the menteri is yet to display his skills in managing and control the broo haa haa. :(

Quote of the Day :
"Never mistake motion for action" ~ Ernest Hemingway

No comments: