Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran

[Gambar : Masjid Besar Wangsa Maju yang dirasmikan pada 12hb Ogos 2008]
Ia adalah hari diturunkan Al-Quran oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan 17 Ramadan, tahun ke-41 kelahiran baginda.

Hari ini juga untuk kita menilai sejauh mana kita menghayati mukjizat Nabi Muhammad SAW ini dalam kehidupan seharian kita yang senantiasa penuh dengan tuntutan duniawi.


Ustaz saya berpesan, makanan roh ialah Al-Quran. Bahagian dalam roh ialah hati. Kekuatan akal itu datang dari hati.
Jika dalam hati tiada Al-Quran, ia ibarat rumah buruk yang tidak berpenghuni.

Jika kita mahu akal yang sentiasa segar, hidupkanlah Al-Quran kedalam hati kita. Membaca Quran berulang-ulang akan merangsang otak kiri (minda separa sedar) yang menjana ketenangan hati. Otak kiri ini akan merangsang otak kanan (minda kreatif).

Oleh sebab itu, maka orang yang selalu membaca Al-Quran akan lebih tenang jiwanya dan akan datang ilham kedalam hatinya dan menjadikan seseorang itu lebih kreatif.


Saya pernah mendengar jawapan seorang saudara baru, Professor dari Australia, apabila ditanya bagaiman dia boleh merasa tenang apabila mendengar bacaan Al-Quran sedangkan dia tidak mengetahui makna ayat2 yang dibaca ?

Katanya, "it's like a crying child upon hearing his mother's voice, he will immediately be pacified... and Quran is words from your Creator".
MasyaAllah...

Peringatan ini adalah terutama untuk diri saya sendiri dan juga sahabat2 saya sekalian. Jadikanlah pembacaan Al-Quran sebagai rutin harian kita terutama dibulan Ramadhan ya
ng mulia ini dimana Allah telah menjanjikan berbagai2 nikmat dihari akhirat nanti bagi mereka yang bertaqwa.

Hidupkanlah Al-Quran kedalam hati kita. Sesungguhnya ia mampu melapangkan hati dan meresapkan ketenangan kedalam jiwa kita.


Semuga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayahNya kepada kita. Amin.

Wallahu a'lam.

NB:
Bagi mereka yang hanya mampu mendengar Al-quran kerana uzur atau tidak lancar membaca Al-Quran, saya galakkan anda mendengar bacaan yang sangat mendamaikan dari seorang Qari yang bernama Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy.

Untuk melayari website Al-Afasy sila klik disini.

Beliau berasal dari Kuwait, seorang world-renowned Qari, Imam Masjid Al-Kabeer di Kuwait City dan juga penyanyi nasyid tanpa menggunakan alat muzik.

Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy

2 comments:

Berisman said...

Hani,
I am happy to see your good posting!
Thanks for sharing...Let the journey continues..

Honeytar said...

berisman: Thank you, sir!
Ilham turun dari langit.... :)